
uhhhh bosannya..cuti ni x bawa balik buku pun...malas nak bw balik..setiap kali balik mesti bw balik buku..tpi x bc pun..kui3..sy bawa balik majalah solusi...my favourite magazine..banyak sgt info yg kita bole dapat..ade 1 kisah yg saya boleh kongsikan...
Berwudhuk Zahir Dan Batin
Suatu hari,Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya:"Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkat," Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh hati dari tujuh perkara.
1) bertaubat
2) menyesali dosa yang telah dilakukan
3) tidak tergila-gilakan dunia
4) tidak mengharapkan pujian orang
5) tinggalkan sifat riak
6) tinggalkan sifat khianat dan menipu
7) meninggalkan sifat dengki
"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri di atas titian siratul mustakim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Hatim menyambung lagi:" Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dngan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Ruj: Majalah Solusi Isu#10 (pg 13)
Masya Allah, klu la kita bole solat seperti itu,insya-Allah,kita akan terhindar daripada membuat kemungkaran...solat mencegah kemungkaran...marilah kita sama2 kita update kan solat kita...maybe ade yang xkene lagi...kita betulkan..insya-Allah,kita akan dapat hindarkan diri kita dari kemungkaran...amin..


